Cuma untuk luahkan rasa hati...
Jutaan terima kasih yg tidak terhingga...
Alhamdulillah.. kesyukuran yg tidak terhingga kepada Robbi Yg menciptakan alam, Yg menjadikan Langit & Bumi dan Yg Menciptakan Siang & Malam silih berganti. Allah swt yg telah mengatur & menjadikan perjalanan majlis kami dengan sebaiknya..
Jutaan terima kasih, thank yOu, Syukran, tochee, siuw sheek, kamsa hamnida ... kepada semua yg menjayakan majlis kami di kedua³ rumah iaitu di Mersing Johor & Felda Palong 8 pada 14hb February 2010 (Ahad) & 16hb February 2010 (Selasa). Antara yg turut terlibat bersusah payah menjadikan majlis kami berlangsung dengan baik & sempurna..
Semua ahli blok / Org kg yg terlibat
- Terima kasih kerana bersusah payah & memberikan masa kalian untuk menjayakan & berganding bahu melayan tetamu sebaiknya. Menyediakan lauk pauk yg sedap³ belaka. Memberikan khidmat & memudahkan tetamu yg hadir..
Ahli³ keluarga kedua³ belah pihak
- Sape yg rasa dia dikalangan ahli kelurgaku... tak tau nk ucap terima kasih yg mcm mane. Akak + Abg Ipar, AbangNgah + Azie, AbgUde, Kak Lang + Ubai, Uteh, Andak, Akem, Idha. Macam³ yg korang semua dh lakukan semenjak lahirnya aku di dunia ni... x terucap rasanya. isk isk isk.
Saudara mara sebelah mak + arwah abah & sebelah pengantin perempuan
- Juga di kalangan sponsor³ ikhlas. Kehadiran & pertolongan kalian semua... terima kasih banyak³ yer. Kekal dalam ingatanku..
Sahabat³ handai terutamanya di pihak perempuan
- Berjuta³ lemon terima kasih kepada kalian semua.. bersusah payah siapkan mcm³ perkara dari waktu bertunang sampai la kami ke jinjang pelamin. Nak kami bai upah.. xterbayar pulak nnti. Hanya ucapan sahaja yg termampu dilakukan.. xpe jgn risau. Allah swt ade utk balas semua pertolongan dari kalian. Yakinilah.
Semua pemberi³ 'sponsor' yg budiman
- Ramai sponsor yg memberikan sumbangan yg juga memudahkan urusan majlis kami. Boleh je nk sebut sorang³ kt sini, tapi untuk menjaga keikhlasan kalian semua saye diamkan je la yer.. Hanya Allah swt yg akan membayar erti ikhlas kalian semua di dunia jua di akhirat.
Semua pemberi³ hadiah
- Semua yg memberi hadiah sempena majlis perkahwinan kami. Macam³ hadiah yg kami dapat tau.. yg pasti semua hadiah tu amat memudahkan untuk kami memulakan kehidupan baru dengan lebih teratur. Makacihh semuaaa...
Semua jemputan yg hadir
- Kalian semua la yg sebenarnya memeriahkan majlis perkahwinanku, tanpa kehadiran kalian semua.. senyap sunyi majlis nie. Maaf jika layanan yg pihak kami berikan tidak sebaik yg kalian inginkan. Kami dah lakukan yg terbaik & insyaAllah akan kami tingkatkan selepas nie.. insyaAllah. Semoga dengan kehadiran & doa kalian semua diberkati oleh Allah kehidupan kami selepas ini.. ameen.
Makhluk³ selain manusia
- Kalian? Korang? ehh.. nk bahasakan ape daa?? Hehehe... yg dimaksudkan makhluk adalah segala kejadian Allah swt. Langit, Bumi, Air, Tanah, Binatang... kesemuanya laa. Ape lak kaitan dengan 'mereka' semua ni? Hanya Allah swt je yg tau ape yg terlintas dihatiku ketika ini.. hehehe
Kepada semua yg tidak tersenarai
- Kepada yg rasa tak puas hati.. yg sepatutnya nama kalian disebut satu persatu dalam ni. Jutaan kemaafan kerana diriku yg hina ini tidak berbuat demikian demi menjaga hati beberapa pihak yg lain. Hanya Allah swt yg mengetahui sejauh mana hatiku ini resah memikirkan hal ini. Kepada Allah swt jua lah tempatku berselindung...
Rasa mcm dh sebut kesemua yg terlibat menjayakan majlis kami ni.. dah ker erk? Kalau ade yg tak cukup & tertinggal tu.. semoga Allah swt sempurnakannya. Diri ini hanyalah insan kerdil yg sering terlupa & tidak lepas dari melakukan kesilapan. Last but not least.. terima berjuta³ kepada yg terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam menjayakan majlis kami ini... Alhamdulillah.. ameeeennn!
No comments:
Post a Comment