aSSalamualaykum wbt...
Sedikit perkongsian semasa berlangsungnya majlis perkahwinanku di Kampung Sri Lalang, Mersing Johor pada 14 February 2010 bersamaan 29 Safar 1431H..
Pada petang 13 February 2010, aku bertolak ke Mersing bersama Akem (adik lelaki) dan pengapit iaitu saudara Tuan Azuar Alies. Kitorang gerak awal bertujuan memudahkan persiapan majlis pernikahan yg akan berlangsung pada keesokan harinya.
Alhamdulillah.. sampai ke destinasi dengan selamat. Perjalanan kali ni.. nyaris kiorang bertiga naik mustang wa cakap luu.. kalau betul la, confirm setengah jam sampai Mersing. Tapi apakan daya, WKT449 berkorban jua kepada tuannya untuk membawa kami ke destinasi yg memakan masa selama hampir 3 jam. Allah swt mudahkan perjalanan kami..
Gerak dari palong dan ikut jalan Muadzam Shah - Rompin - Endau -Mersing. Sampai je di Mersing, kami di sambut oleh abg ipar (Abg Zul) dan diberi penginapan percuma selama 2 hari 1 malam di challet beliau di sekitar Mersing. Jutaan terima kasih kepada Abg Zul coz susah³ sambut kami... dapat penginapan percuma lagi tu. cayalah abg zul..
Pada malam kami sampai, kitorang dijemput untuk turut serta sama³ dalam majlis bacaan yasiin & doa selamat di rumah empunya diri yg hendak di miliki oleh ku.. hehe. Diketuai oleh imam satu Masjid Kg Sri Lalang. Majlis berjalan dengan baik & kami di jemput makan percuma... "haii, belum nikah dah sibuk³ kt rumah pengantin perempuan" . Org dh jemput... rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
Keesokan harinya, masa³ yg dinantikan bakal tiba. Siap kemas³ + pakai baju pengantin, kami tunggu rombongan pengantin lelaki di Masjid Kg Sri Lalang. Lebih kurang 7 bijik kereta yg mengikuti rombongan tersebut. Konvoi rombongan sampai di masjid pada jam 10.35 am. Majlis pernikahan akan dijalankan pada jam 11.00 pm di rumah pengantin perempuan. Pada awalnya kami (pihak pengantin lelaki) nk lakukan majlis pernikahan di masjid, tapi setelah fikir punya fikir... "biasanya selepas majlis nikah, pasti akan ada majlis batalkan air sembahyang (adat).. tapi masjid bukanlah tempat yg sesuai utk buat semua tu. Masjid adalah tempat yg dimuliakan. x elok buat semua tu kan? so, aku decide utk buat majlis nikah di rumah je la... nk buat mcm³ kalau kt rumah semua pun boleh. So, kesucian masjid dapat di jaga"
Risau jugak la dibuatnya jika kami (rombongan pengantin lelaki) tiba lewat di lokasi. Perjalanan yg agak jauh + rombongan konvoi yg ramai. Tapi semua tu kerja Allah swt, Alhamdulillah segala yg di rancang berjalan dengan lancar. Selepas kami sampai di rumah pengantin & diperlawa masuk, tak lama kemudian Imam yg ditugaskan untuk menikahkan kami pun sampai. Jantung aku dh berdebar³ la jugak tengok muka imam tu + org³ kampung yg ramai ingin menyaksikan upacara pernikahan.
Kat sini la tempat laksana pernikahan di jalankan. Siap ade pelamin tu.. cantik tak? Adakah pada majlis aku ni, akan ade persandingan? hehehe.. ni semua adalah dirancangankan oleh pihak pengantin perempuan. Tujuan pelamin ni adalah untuk bergambar kenangan bersama keluarga & jemputan yg hadir yg ingin mengambil gambar. Alhamdulillah, mereka amat jelas dengan hukum hakam dalam islam. ameeeennnn ! Seperti yg dimaklumkan sebelum ni, majlis pernikahan adik beradik isteriku (kini.. hehe), mereka memang x adakan persandingan. Lagipun, bapa mertuaku merupakan Imam dua Masjid Kg Sri Lalang. Dipermudahkan....
Yg ni pula simbolik hantaran dari pihak pengantin lelaki. Buat simple³ je. Nak bawak 'cash' beribu³... x larat banyak sangat. hehehe. so, hantar simbolik je. Kira la kalau nk tau hantaran aku kepada pengantin perempuan berapa. Hahaha, x pandai kira.. x payah la nk kira yer.
Yg ni pula hantaran balas daripada pihak pengantin perempuan + background bilik pengantin perempuan. Biasanya org³ kampung yg datang mesti nk tengok sangat backdrop design bilik pengantin. Ape yg diorg nk tengok kt situ, aku pun tak tau laaa..
ade kek.. aku x sempat nk makan dh abisss... xde rejeki. hehehe
Gambar posing abang ipar bersama isteri tercintanya...bersama anak³ buah. Beliau nikahwin lebih kurang sebulan sebelum majlis pernikahan aku. Beliau jugalah org kuat majlis perkahwinan kami yg banyak payah jayakan majlis kami. Bukan setakat tu jer, beliau jugalah photographer majlis perkahwinan kami yg didatangkan khas tanpa bayaran. Jutaan terima kasih juga untuk Onn + wife. Ntah bila la jasa kalian dapat kami balas.
Haaa.. yg ni la org yg aku bagitau kt awal³ tadi tu. Pengapit import dari luar negara. Special guest. Beliau bernama Tuan Azuar Alies. Seb baik la ade encik beliau ni, seminggu sebelum nk berangkat ke Mersing tetiba pengapitku En Apis tak dapat turut serta untuk jadi pengapit. Ada urusan dengan jabatan. Org kuat goberment. Pegawai Jab Kebajikan. Alhamdulillah, Tuan Azuar sudi untuk jadi org sisi kepadaku. hehehe. Terima kasih la bebanyak kepada encik beliau... seb baik.
Masa ni tengah tak sabar nak sign surat akuan nikah. Imam belek punya belek... bila nk akad ni. x sabar dah ni. Jantung den dah berdogup kuat ni, kalau lambat lagi.. gugur terus la nampaknya. hehehe. Imam ni sporting sikit, coz 3 minggu sebelum akad kami pernah berjumpe di sekolah arab atas tujuan bapa mertua ingin meminta izin menikahkan anaknya sendiri. So, xde la cuak keterlaluan sangat... bole cover³ lagi.
Time untuk saksi³ bagi sign pulak. Aku ingat dh nk start la tadi.. yg peliknya nikah kt johor ni diorg nakkan wakil 2 org saksi sebelah pengantin lelakinya. Kebiasaannya xde la rasanya, susah skit nak amik anak gadis org johor ni rupanya. Sebelah lelaki, En Ubai & Pak Ngah yg tolong signkan.. terima kasih juga untuk beliau berdua.
Kini, tibalah masa yg dinantikan oleh sekelian org yg hadir. Sebenarnya aku yg nantikan waktu ni... untuk ape??? untuk test³ dulu, kot ade yg salah masa nk akad yg betul kejap lagi. Untuk pengetahuan korang la, aku x standby sangat lagi pun bacaan akad nikah. Malam sebelum nikah tu, nasib baiklah wife aku bagi kertas akad + khutbah. Diberitahu pulak aku kena baca khutbah nikah, so ape lagi... gabra la aku. Tak bagitau awal pun, malam tu jugak aku demo baca khutbah nikah. x pernah baca sebelum ni... selalunya Imam yg baca. Malam tu jugak sempat la belek³ lafaz akad tu... cuba untuk hafal.
Alhamdulillah... akhirnya
" Aku terima nikah Siti Munirah bte Mohd dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit lima puluh sen tunaiiiiii "
Sekali je beb... hehehe, cayalah aku ni.. ikut pengalaman aku tengok org nikah kt kg halaman di Palong 8, diorg mesti lafaz akad lebih dari satu kali. Tapi bila turn aku kena... sekali jer. Walaupun masa test³ akad tu memang banyak salahnya... Alhamdulillah, kini aku dah bertitle 'sudah berkahwin'... tidak lagi 'Bujang & avaiable'. hehehe. Kesempurnaan dalam iman aku dh kecapi. Cuma mampukah aku menempuh alam rumahtangga bersama si dia yg bertahta di hati.
Turn utk baca khutbah pulak... jadik 'Imam' sementara. Cara bacaan sejibik aku baca ikut tone Imam Masjid Palong 8 - Imam Muniran. Terbiasa dengan cara imam tu, so mudahlah nk baca khutbah. Niat aku baca khutbah utk beri peringatan kepada sekelian yg hadir tentang betapa pentingnya sunnah nikahwin tu.
Rasulullah Saw. bersabda :
النكاح سنتي فمن رغب عن سنتى فليس منى
Ertinya : Nikah itu adalah sunnahku barang siapa yang benci terhadap sunnahku maka bukanlah termasuk golonganku.
Akhir sekali, bacaan doa yg di bacakan oleh Imam bertanggungjawab. Untuk pengetahuan korang, cara perlaksanaan nikah yg kami lakukan adalah mengikut 'Modul Keluarga Sakinah' kerajaan Johor Darul Takzim. Aku pun baru tau sebenarnya... ade beberapa protokal yg perlu dipatuhi.
Inikah dikatakan 'Majlis batal air sembahyang?' Permintaan pertamaku kepada pihak pengantin perempuan untuk mengadakan majlis ni di rumah sekiranya majlis akad nikah berlangsung di masjid. Alhamdulillah, kesucian masjid dapat dipelihara, yg akhirnya semua majlis dijalankan di rumah. Ni pandangan peribadi aku laa.. kalau nk tau lebih lanjut, cuba tanya ustaz³ bertauliah yer.
Time yg dinantikan.. rasanya la kan, istilah 'Raja Sehari' tu adalah utk time makan je kot. Makanan sedap³ dihidangkan bagaikan seorang raja nak makan. Tengok la tu, dengan udang besau³.. ayam enak³.. buah³ ranum.. air.. dan macam³ lagi. Raja sehari la katakan.... nenek pun jadi raja sekali yer. hehe
MAJLIS JAMUAN DI RUMAH KU . . . .
Alhamdulillah.. majlis kecil³ je untuk 'menyambut menantu'. Majlis ni di adakan pada hari Selasa, 16hb February 2010, tiga hari selepas majlis di Mersing, Johor. Kalau tak silap, masa tu raye cina.. that's why la aku pilih tarikh tu. Lagipun fikirkan sedara mara pihak sebelah Mersing yg datang dari jauh utk raikan majlis kami...so, diorg boleh la balik terus ke arah KL. Satu jalan je lagipun... alang³ sekalikan hantar 'menantu' ke rumah mak aku.
S o, majlis yg berlangsung kt rumah aku ni cuma makan³ jer la. Nak buat hebat³ rasanya x perlulah kan? ikut sunnah... bagi jamuan sederhana untuk menghebahkan yg aku ni sudahkan berkahwin disamping untuk merapatkan tali silaturrahim di antara kedua³ belah pengantin. Selain tu jugak, sedara mara yg datang jauh dari pelosok kampung dapat berjumpe & beramah mesra...
"Jemputlah makan... buat macam majlis kenduri kawen yer". Antara org blok yg bersusah payah menjayakan majlis perkahwinanku. Bermula dari mesyuarat kampung... pastu buat kuih muih.. pastu rewang sehari sebelum majlis.. then, hari berlangsungnya majlis di rumahku. Terharu sungguh dengan bantuan diorg semua.. x mengharapkan ape³ upah pun. Hanya Allah swt yg boleh membalas jasa kalian semua.. terima kasih banyak³ yer.
Inilah suasana ringkas majlis kami di rumah ibu sayangku.. Ramai jugak la yg hadir. Kawan³ dari tempat kerja lamaku (Samsung SDMA), sahabat³ baek dari Seremban, PD, KL, 'Keluarga' di PD, sedara mara adik beradik arwah abah, sebelah mak... meriah majlis aku. Semoga Allah swt memberkati majlis jamuan yg aku adakan ni. Aku minta jutaan kemaafan kepada yg tak sempat dijemput terutama rakan³ sekerja, sepolytechnic dan sesiapa yg terasa bila tak dijemput. Bukan niat dihati tu tak nak jemput korang... tapi ade yg 'lost contact', jemput by email x sampai.. posmen sakit perut dan macam³ lagi sebabnya. Minta maaf sekali lagi yer..
Last but not least... hahahahahaha, tengok gambar kt bawah ni. ape yg bermain dalam kepala korang bila tengok gambar ni???? inilah 'akibat' nk jadi 'raja sehari'.. hahaha. Agenda seterusnya apabila majlis perkahwinan selesai.. gosok periukkkk !! Kalau nk dikira, lebih 5 periuk aku basuh tau tak. Termasuk kt rumah sebelah pihak perempuan la. Kira seronok jugak la basuh periuk ni, bukan selalu lagipun. Sekali seumur hidup jer. Kepada yg nk rasa... silakan. Confirm 'malam pertama' korang lepak habissss. hahahaha.
(Gambar sedang di re-edit)
Ucapan jutaan terima kasih jugak la kt Abangah, Akem, AbgUde, Ubai, Kak Lang (termasuk ker?) & kepada semua yg 'mengurangkan' sakit badan aku coz tolong basuhkan periuk³ tu.. sebenarnya banyak jugak la periuk miuk yg nk kena basuh. Tapi disebabkan adenya tenaga 'Jaguh bina badan' ni.. kurang la sikit periuk yg aku kena basuh. Hehehe. Semua ni pengalaman tau.. bayangkan diorg (semua yg terlibat), bersusah payah nk jayakan majlis aku lebih seminggu.. aku tolong basuh periuk je. ape laa sangat..
Ok dah.. takat ni jer aku nk sharing kt korang. Sepintas lalu perkara yg berlaku tika majlis perkahwinan di sebelah pihak pompuan & lelaki.. Sekian makacihhhh !